Saturday, November 29, 2008

malam minggu saya...


bila malam minggu . saya susah hendak tidur. tapi sejak akhir-akhir ini . hari-hari saya susah nak tidur.

hari-hari saya berfikir . pasal ekonomi hari-hari . hari ini saya ada di sini . hari esok saya tak pasti.

hari-hari saya rasa risau . fikir hari-hari yang saya mungkin kena pergi . rakan-rakan ramai yang sudah kembali . saya di sini masih ternanti-nanti.

bila saya risau begini . mama saya pesan ‘don’t worry, be happy’ . nanti rambut cepat beruban . lagi susah hati . kan?

bila saya datang sini . saya rasa paling ‘happy’ . mama saya juga 'happy' . ini mimpi saya sejak muda-muda lagi . mahu jalan sana sini . mahu belajar tinggi-tinggi . mahu buat itu ini . semua dengan duit sendiri.

kalau saya kena pergi . semua mimpi tinggal mimpi . tapi mama pesan pada saya . mimpi boleh dikejar di mana-mana . tidak perlu fikir hanya Malaysia . doa mama dengan anaknya. kena berani kuatkan hati .

hendak pergi memang di hati . terlepas peluang takutkan rugi . tapi . bila tinggalkan semua di sini . mungkin tidak pulang kembali. mungkin juga tidak berjumpa lagi. hati saya sedih sekali.

selamat malam naz…

1 comment: